CLASSIC TIRAMISU

Source: Food Network

Tiramisu merupakan dessert kegilaan ramai kerana rasanya unik dan sangat enak. Walaupun nampak macam rumit nak membuatnya, dessert yang tak perlu dimasak ni sangat mudah dan cepat disediakan. Walaupun, rata-rata resepi menggunakan mascaporne cheese, resepi yang menggunakan cream cheese ni juga sangatlah sedap dan heavenly! Pasti peti sejuk kat dapur tu asyik kene buka tutup je selagi Tiramisu tu tak habis.

CLASSIC TIRAMISU | TIRAMISU KLASIK
(tanpa alkohol dan telur)

BAHAN-BAHAN:
1 cawan Heavy/Thick Cream
3/4 gula caster
8oz Cream Cheese (pada suhu bilik)
1sk Vanilla Extract
7oz Ladyfingers
1 cawan Air Nescafe/Espresso yang hitam dan kuat (saya guna 1 cawan air panas + 1sb nescafe, sejukkan)
1sk Serbuk Koko

CARA-CARA:
1. Sediakan dulang gelas bersaiz 8"x8".
2. Dalam mangkuk adunan yang disejukkan terlebih dahulu, masukkan cream cheese, 1/4 cawan heavy ream dan 1/4 cawan gula. Adun menggunakan mixer sehingga menjadi soft peak. Tutup dengan plastik dan sejukkan sehingga sedia untuk diguna.
3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan cream cheese,  1/4 cawan heavy cream, vanilla dan 1/2 cawan gula. Adun menggunakan mixer sehingga ringan dan kembang.
4. Rendam ladyfingers sekejap ke dalam air kopi sejuk sekadar terserap, jangan rendam terlalu lama sehingga ladyfinger menjadi lembut dan patah. Aturkan dalam dulang gelas.
5. Lepa adunan creamcheese tadi ke atas lady fingers tadi sehingga tidak kelihatan.
6. Ulang step 4 lagi, kemudian ulang step 5 sehingga habis.
7. Sejukkan didalam peti sejuk selama 4-8hours sebelum menghidang.
8. Keluarkan setengah jam sebelum menghidang dan taburkan serbuk koko menggunakan penapis teh ke atas tiramisu.
9. Sedia untuk dihidang.
(Klik di sini untuk melihat Step-by-Step)

No comments:

Post a Comment